Teknik analisis gamma-oryzanol dalam beras perang (tidak digilap) dan beras putih (digilap)

Category: Bil. 31

Mohd Lip Jabit, Mohd Nazrul Hisham Daud, Jeeven Karruppan dan Hanisa Hosni

Ringkasan
Kajian kandungan g-oryzanol dalam beras daripada varieti padi MRQ 74, MRQ 76 dan MRQ 103 adalah untuk menentukan kewujudan bahan antioksidan ini dalam varieti padi MARDI. Di samping itu, kajian ini dapat membuktikan kesan proses penggilapan terhadap kandungan g-oryzanol dalam beras putih. Lebih 80% g-oryzanol telah susut hasil daripada proses tersebut. Maklumat ini secara tidak langsung mencadangkan pengambilan beras yang tidak digilap atau beras perang bagi mendapatkan khasiat g-oryzanol yang lebih tinggi. Kajian teknik pengekstrakan mendapati pengekstrakan selama 24 jam menghasilkan g-oryzanol lebih tinggi berbanding dengan pengekstrakan selama satu jam. Keputusan ini mencadangkan tempoh pengekstrakan perlu dioptimumkan untuk pengekstrakan g-oryzanol yang lebih cekap.

Teks penuh(1.22MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.