Corak pertumbuhan lembu Brakmas

Category: Bil. 31

Mohd. Hafiz Abd Wahab, Mohamad Hifzan Rosali, Izuan Bahtiar Ab. Jalal, Mohd Rosly Shaari dan Marini Ahmad Marzuki

Ringkasan
Objektif kajian ini adalah untuk menilai model regresi tidak linear yang sesuai bagi menggambarkan corak pertumbuhan lembu betina Brakmas. Anggaran berat matang, kadar matang dan pemalar integrasi daripada model Brody, von Bertalanffy, Gompertz dan Logistic berdasarkan data berat badan yang diambil daripada 279 ekor lembu Brakmas daripada lahir sehingga berumur 96 bulan di MARDI Muadzam Shah. Pekali penentuan [coefficient of determination (R2)] dan ralat min kuasa dua [mean square of error (MSE)] digunakan untuk menentukan model terbaik bagi menggambarkan corak pertumbuhan lembu Brakmas. Model Logistic adalah model terbaik untuk menentukan berat matang lembu Brakmas berdasarkan nilai R2 tertinggi dan nilai MSE terendah (masing-masing pada 0.973 dan 1037.4), diikuti oleh Gompertz (masing-masing pada 0.973 dan 1050.4), von Bertalanffy (masingmasing pada 0.972 dan 1067.1) dan Brody (masing-masing pada 0.912 dan 1037.4). Perkaitan antara kadar matang dan berat matang didapati negatif dalam julat -0.528 hingga -0.874 untuk semua model, menunjukkan bahawa haiwan dengan berat matang yang tinggi mempunyai kadar matang yang lebih rendah. Penggunaan model regresi tidak linear boleh meringkaskan hubungan antara umur dan berat ternakan kepada beberapa parameter yang mudah untuk ditafsirkan berbanding dengan keseluruhan data umur-berat yang sukar untuk ditafsirkan dan mengambil masa yang panjang.

Teks penuh (181KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.