Teknologi pengeluaran kubis bunga tanah rendah di bawah struktur pelindung hujan di Malaysia

Category: Bil. 31

Norfadzilah Ahmad Fadzil, Rahayu Anang, Farah Huda Sjafni Suherman, Nur Adliza Baharom, Nur Syafini Ghazali, Rasmuna Mazwan Muhammad, Johari Sarip, Mohd Shukri Mat Ali @ Ibrahim, Zulhazmi Sayuti, Rozlaily Zainol, Farah Farhanah Haron dan Wan Mohd Reza Ikwan Wan Hussin

Ringkasan
Teknologi pengeluaran kubis bunga tanah rendah adalah teknologi yang berasaskan adaptasi tanaman temperat di persekitaran tanah rendah. Teknologi ini dibangunkan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap sayuran import terutamanya sayuran temperat yang memerlukan suhu yang dingin untuk penghasilannya. Kajian multidisiplin dari peringkat
penyaringan varieti, kajian agronomi, pengurusan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai serta kajian viabiliti ekonomi telah dilaksanakan sejak tahun 2018 sehingga tahun 2020 secara berperingkat. Secara amnya, kubis bunga boleh ditanam di tanah rendah dengan menggunakan varietivarieti yang tahan panas. Varieti F1 1360 didapati paling sesuai; tahan panas dan menghasilkan kubis bunga yang berkualiti secara konsisten telah dipilih dalam pakej teknologi pengeluaran kubis bunga tanah rendah. Penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) sama ada berjaring sisi atau tidak adalah perlu kerana tanaman ini mudah dijangkiti penyakit reput lembut sekiranya siraman hujan tidak terkawal di ladang terbuka. Penggunaan SPH juga didapati dapat mengurangkan jangkitan serangga perosak seterusnya mengurangkan penggunaan racun serangga. Hasil daripada kajian ini menyediakan maklumat saintifik untuk rujukan pengusaha tanaman dan memberikan gambaran yang lebih lengkap tentang prospek penanaman sayuran temperat khususnya kubis bunga di tanah rendah. Penggunaan teknologi pengeluaran kubis bunga tanah rendah dijangka menjadi pemacu kepada penerokaan lebih banyak lagi sayuran-sayuran temperat di tanah rendah seterusnya membantu pengembangan industri pertanian di Malaysia.

Teks penuh (432KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.