BRIS Fixer: Teknologi perapi tanah bermasalah BRIS yang kos efektif

Category: Bil. 31

Theeba Manickam

Ringkasan
Kaedah pemulihan tanah bermasalah BRIS bagi membolehkan penggunaan kawasan tersebut untuk aktiviti pertanian adalah penting kerana dapat menyumbang kepada peningkatan keluasan kawasan pertanian yang subur dan lestari. Sisa biochar dari kilang pemprosesan padi dibuang begitu sahaja kerana proses pelupusannya menelan kos yang tinggi. Sisa biochar sekam padi ini didapati mempunyai kelebihan dari segi sifat fizikokimia yang sesuai sebagai perapi tanah, iaitu bersifat alkali dan mempunyai KPA dan nutrien yang tinggi. Justeru, selepas beberapa musim kajian keberkesanan sisa biochar terhadap tanah BRIS, satu teknologi yang dinamakan BRIS Fixer telah diformulasi dan dibangunkan untuk pengurusan tanah bermasalah BRIS secara cekap dan kos efektif. Melalui teknologi ini, bukan sahaja produktiviti tanaman di tanah bermasalah BRIS dapat dipertingkatkan, tetapi juga merupakan alternatif untuk pengurusan sisa kilang padi yang mesra alam selain menjimatkan kos pengurusan.

Teks penuh (232KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.