Penggunaan kerangka kerja CodeIgniter sebagai platform utama dalam pembangunan sistem aplikasi MARDI
Mohamad Zulkifly Zakaria @ Mustafa dan Mohd Fauzi Mohd Nazeri
Ringkasan
Walaupun MARDI telah beralih daripada kaedah pengaturcaraan tradisional kepada menggunakan rangka kerja CI, dari semasa ke semasa kajian semula penggunaan teknologi terhadap keberkesanan dari aspek keselamatan dan kesesuaian perlu sentiasa dilaksanakan. Ini kerana dunia teknologi sentiasa berubah dan dinamik yang mana pada suatu masa nanti perubahan kepada bentuk membangunkan sistem juga akan berubah. Buat masa sekarang CI adalah kerangka kerja yang sesuai untuk diadaptasi dalam aktiviti pembangunan aplikasi di MARDI. Walau bagaimanapun, penambahbaikan dan peningkatan aspek teknikal pengaturcaraan perlu sentiasa dipertingkatkan bagi mengoptimumkan penggunaan terhadap kelebihan yang ada pada CI.