Analisis teknologi MARDI secara khidmat nasihat teknikal dalam Rancangan Malaysia Ke-11

Category: Bil. 31

Ahmad Zairy Zainol Abidin, Nik Rahimah Nik Omar, Noor Amna A’liah Mohammad Nor, Aimi Athirah Ahmad, Noorhayati Suratman, Bashah Ahmad, Nurul Huda Sulaiman, Zawiyah Pono, Hairuddin Mohd Amir

Ringkasan
MARDI sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan teknologi tidak ketinggalan dalam memainkan peranan sebagai sebuah institusi pemindahan teknologi secara terus kepada para usahawan di Malaysia. Dalam RMKe-11, MARDI dengan jayanya menyumbang peranannya sebagai sebuah institusi yang memindahkan teknologinya melalui pemindahan teknologi bawah Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan, MARDI. Melalui dua program dan tiga buah prasarana yang menyediakan 21 aktiviti khidmat nasihat teknikal, usahawan yang mendapat perkhidmatan tersebut dilihat cenderung kepada aktiviti khusus berdasarkan program masing-masing. Keutamaan aktiviti khidmat nasihat teknikal dirumuskan dalam kajian ini bagi memberikan indikator apakah fokus utama usahawan yang terlibat dan menjadi panduan untuk penekanan aktiviti yang sering dirujuk oleh usahawan kepada para penyelidik berdasarkan program dan fasiliti yang disediakan oleh MARDI.

Teks penuh (495KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.