Aplikasi penanda berfungsi dalam program pembaikbakaan untuk kawalan penyakit karah padi
Mohamad Zulfadli Kamarudin, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, Nor Helwa Ezzah Nor Azman, Alny Marlynni Abd Majid, Rahiniza Kamaruzaman dan Siti Norsuha Misman
Ringkasan
Padi merupakan tanaman utama di Malaysia dan menjadi sumber makanan harian bagi rakyat Malaysia dan kebanyakan penduduk di dunia. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran dan halangan dalam penanaman padi iaitu serangan perosak dan penyakit yang mampu mengakibatkan ekonomi para petani terjejas dan sekali gus mengurangkan kadar sara diri nasional. Penyakit karah merupakan penyakit yang serius dan perlu diambil perhatian oleh para petani. Oleh itu, program pembaikbakaan padi menjadi pilihan terbaik untuk mengawal penyakit karah ini. Pembangunan penanda berfungsi bagi gen kerintangan terhadap karah, Pita2 telah dibangunkan untuk mempertingkatkan program MAB. Satu penanda SNP iaitu SNPPita2_32 juga telah dibangunkan sebagai penanda berfungsi bagi gen Pita2 yang bertanggungjawab mengawal kerintangan terhadap penyakit karah padi. Kesimpulannya, pembangunan penanda berfungsi bagi Pita2 ini dapat membantu proses pemilihan yang lebih tepat, efisien dan efektif di dalam MAB.