Aplikasi teknologi penanda molekul bagi pengenalpastian padi aroma daripada germplasma padi tradisional Malaysia

Category: Bil.32

Nor Helwa Ezzah Nor Azman, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, Alny Marlynni Abd Majid, Mohamad Zulfadli Kamarudin dan Site Noorzuraini Abd Rahman

Ringkasan
Harga beras aroma lebih tinggi berbanding dengan harga beras tanpa aroma disebabkan oleh ciri aromanya yang digemari ramai dan mendapat permintaan yang tinggi. Analisis molekular telah mengenal pasti pemotongan lapan pasangan bes (8bp) di ekson 7 gen badh/fgr sebagai penyumbang ciri aroma dalam kebanyakan varieti padi aroma, seperti Basmati dan Jasmine. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyaring sekumpulan padi tradisional Malaysia melalui penggunaan penanda molekul berfungsi yang mensasarkan pemotongan 8bp yang diintegrasikan dengan penilaian deria menggunakan larutan KOH. Hasil kajian mendapati 24 aksesi padi tradisional mempunyai alel fgr/fgr (12.9%), 149 aksesi padi tradisional mempunyai alel Fgr/Fgr (80.1%) dan 13 aksesi padi tradisional mempunyai alel fgr/fgr (7.0%). Sebanyak 24 aksesi dengan alel fgr/fgr menunjukkan deria aroma dalam ujian aromatik daun dan bijirin bagi penilaian kimia menggunakan larutan KOH. Bagi aksesi padi tradisional dengan alel fgr/fgr dan alel fgr/fgr turut dijangka mempunyai ciri aroma sekiranya terdapat gen lain yang turut terlibat dalam pengawalaturan aroma beras. Pengenalpastian sumber genetik daripada germplasma padi tradisional adalah penting bagi mengenal pasti penderma novel yang berpotensi untuk diaplikasikan dalam program pembiakbakaan melalui pembiakbakaan berbantukan penanda. Kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa integrasi penanda molekul dan penilaian deria dalam penyaringan jisim alel fgr/fgr bagi mengenal pasti beras aroma daripada aksesi germplasma yang besar dan sesuai digunakan dalam program pembaikbakaan padi.

Teks penuh (860KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.