Kaedah diagnostik molekul pantas dan mudah untuk pengesanan penyakit hawar daun bakteria (BLB) pada padi

Category: Bil.32

Lau Han Yih, Kogeethavani Ramachandran dan Sohana Romeli

Ringkasan
Pengesanan patogen tumbuhan di lapangan dengan cepat adalah penting bagi pembangunan kaedah diagnostik penyakit tumbuhan. Dalam kajian ini, kami menerangkan kaedah diagnostik baharu untuk pengesanan asid nukleik patogen tumbuhan di lapangan melalui gabungan amplifikasi DNA secara isoterma dan diikuti dengan penilaian hasil amplifikasi DNA dengan mata kasar melalui asai penggumpalan partikel untuk tujuan pengesanan kualitatif (Ya/Tidak). Kaedah yang baharu dibangunkan ini telah berjaya mengesan Xanthomonas oryzae pv. oryzae (Xoo) iaitu bakteria penyebab penyakit hawar daun bakteria pada padi. Kajian spesifisiti dijalankan dengan menggunakan Xanthomonas oryzae pv. oryzicola (Xoc) dan had sensitiviti kaedah diagnostik yang diperoleh ialah 0.5 pg gDNA Xoo (~90 salinan DNA). Kaedah ini dapat dijalankan tanpa memerlukan bekalan kuasa elektrik, dapat dilakukan di lapangan oleh kakitangan dengan latihan minimum dan memberikan hasil bacaan dalam masa kurang daripada 90 minit berbanding dengan kaedah PCR yang memerlukan lebih daripada 3 jam.

Teks penuh (791KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.