Penghasilan formulasi nano-emulsi minyak pati serai makan sebagai agen berpotensi rawatan penyakit karah padi

Category: Bil.32

Rashid Mat Rani, Noor Azlina Masdor, Siti Nadzirah Padrilah, Muhammad Zaidi Abu Bakar, Muhammad Shafiq Abd Karim dan Ahmad Syazwan Ismail

Ringkasan
Minyak pati menjadi tumpuan kajian ramai pihak disebabkan kebolehan dan potensinya sebagai agen antimikrob. Minyak pati ini boleh dijadikan sebagai alternatif kepada penggunaan fungisid konvensional terutamanya dalam mengawal penyakit karah yang disebabkan oleh P. oryzae. Walau bagaimanapun, minyak pati kurang digemari berikutan kosnya yang mahal, keterlarutan air yang rendah, kemeruapan yang tinggi dan toksik. Minyak pati disaring melalui asai penentuan kepekatan perencatan minimal (MIC) bagi mencari peratusan terendah minyak pati yang mampu merencat pertumbuhan kulat. Namun demikian, nano-emulsi merupakan antara penyelesaian kepada masalah penyakit padi kerana mempunyai ciri-ciri sistem penghantar yang sesuai. Nano-emulsi senang disediakan, komposisi yang mudah, stabil dan hanya sedikit sahaja minyak pati yang diperlukan dalam penyediaan minyak pati.

Teks penuh (1.65MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.