CpEDb: Repositori maklumat genetik dan genomik Carica papaya dan Erwinia mallotivora bagi aplikasi genomik kefungsian dan pembangunan penanda molekul
Rabiatul Adawiah Zainal Abidin, Nor Syahira Mohamad Senin, Azrin Ahmad, Norliza Abu Bakar, Johari Sarip dan Sanimah Simoh
Ringkasan
Sistem pangkalan data CpEDb (http://www.mycpedb.org) telah dibangunkan sebagai pelantar perlombongan maklumat genetik dan genomik betik Eksotika serta E. mallotivora yang telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan bioinformatik. Selain itu, CpEDb turut dihubungkan dengan perisian ketiga, iaitu BLAST yang berfungsi sebagai alatan pencarian persamaan jujukan DNA dan protein bagi betik dan E. mallotivora. Sehingga kini, CpEDb mengandungi 16,165 jujukan gen dan 10,125 jujukan protein, 94 metabolit, 951 SSR putatif serta 35,934 SNP putatif. Pembangunan CpEDb adalah sebagai penyebaran maklumat supaya dapat digunakan oleh saintis dan ahli pembaik baka dalam kajian genomik kefungsian, pembangunan penanda molekul dan pembaikbakaan betik.