Kerintangan teraruh sistemik (SAR) sebagai kaedah pengawalan penyakit mati rosot betik

Category: Bil.32

Mohd Zulfadli Sohaime, Ros Azrinawati Hana Bakar dan Norliza Abu Bakar

Ringkasan
Keputusan percubaan lapangan menunjukkan kira-kira 72.3% daripada indeks perlindungan telah dicapai dan sifat pertumbuhan tumbuhan daripada eksperimen ini juga menunjukkan bahawa pokok betik mempunyai kadar pertumbuhan yang normal dan rawatan ini dianggap tidak terganggu. Penggunaan kaedah SAR daripada protein rekombinan terpilih berjaya mengurangkan patogen penyakit mati rosot betik di lapangan dan menghasilkan buah betik yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Perkembangan penyakit dan data pertumbuhan setiap tanaman di ladang dinilai dan dicatat untuk penilaian bagi dianalisis terhadap keberkesanan kaedah SAR ini. Pemantauan yang berterusan secara aktif perlu dijalankan dan dibantu oleh mekanisme SAR bagi memastikan serangan dapat dikesan dan ditangani segera kerana penyakit ini menyebabkan kerugian yang besar.

Teks penuh (3.48MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.