Aplikasi kalsium dalam pengawalan masalah fisiologi buah

Category: Bil.32

Muhammad Nurshafiq Azlan dan Adrain Ling Chieng Kuang

Ringkasan
Proses pertumbuhan pokok memerlukan sumber nutrien yang cukup dan seimbang. Kalsium merupakan unsur yang penting pada dinding sel dan membran untuk memberi struktur sel yang kuat serta memberi tekstur pejal pada buah. Kalsium juga berfungsi untuk pembahagian dan pemanjangan sel semasa pertumbuhan pokok dan buah. Pergerakan kalsium dalam xilem daripada akar ke seluruh pokok termasuk buah melalui proses translokasi dan pembahagian kalsium berlaku antara daun dan buah. Kekurangan kalsium boleh melemahkan struktur sel, meningkatkan kerentanan pokok terhadap serangan patogen dan mengakibatkan masalah fisiologi buah seperti IFR dan BER. Aplikasi kalsium kepada tumbuhan secara semburan foliar, formulasi larutan baja dan fertigasi dapat mengurangkan masalah fisiologi buah.

Teks penuh (739KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.