Verifikasi kit ELISA untuk pengesanan penyakit antraknos cili

Category: Bil.32

Norhafniza Awaludin, Faridah Salam, Mohammad Roff Mohd Nor, Suhanna Ahmad, Nurul Hidayah Hussin, Nor Azizah Parmin dan Norhazrati Manshor

Ringkasan
Kit diagnostik ELISA (Enzyme-linked Immunosorbent Assay) untuk pengesanan pantas penyakit antraknos cili telah dibangunkan untuk membantu pemantauan dan kawalan penyakit. Platform asas teknologi ini bergantung kepada biomolekul antibodi yang dihasilkan secara khusus terhadap dua agen penyakit antraknos iaitu Colletotrichum gloeosporioides dan Colletotrichum capsici. Pengesanan adalah berdasarkan perubahan warna kuning dan tindak balas diukur dengan penyerapan optik pada 405 nm menggunakan spektrofotometer. Had pengesanan untuk C. gloeosporioides dan C. capsici masing-masing ialah 66 sel spora mL-1 dan 4 sel spora mL-1. Pengesahan pengesanan dengan sampel menunjukkan keupayaan teknologi diagnostik dalam pengurusan penyakit tumbuhan yang menyediakan alat yang mudah dan kos efektif berbanding dengan kaedah konvensional.

Teks penuh (1.76MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.