Pengesanan penyakit darah pisang menggunakan strip imunoasai aliran lateral (LFIA) mesra pengguna

Category: Bil.32

Mohd Afendy Abdul Talib, Nor Fazmimi Nor Azeme, Khairul Anuar Shafie, Nur Sulastri Jaafar, Siti Noraini Bunawan dan Farah Farhanah Haron

Ringkasan
Penyakit darah pisang yang disebabkan oleh bakteria Ralstonia syzygii subsp. celebensis (Rsc) adalah salah satu daripada penyakit yang paling dikenali yang menyebabkan layu bakteria yang teruk pada pisang dan menyebabkan kerugian ekonomi yang besar. Penyakit ini mengancam industri pisang bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Untuk menguruskan penyakit ini dengan lebih baik, satu kaedah yang pantas, sensitif dan mesra pengguna untuk diagnostik rutin adalah diperlukan. Kajian ini melaporkan pembangunan strip imunoasai aliran lateral (LFIA) menggunakan IgG anti-Rsc untuk pengesanan Rsc. Strip LFIA yang dibangunkan memperoleh had sensitiviti 104 CFU/mL Rsc dengan masa analisis 15 minit. Prestasi strip pada sampel sebenar telah dijalankan menggunakan sampel daripada pokok pisang yang simptomatik (bersimptom) dan asimptomatik (tidak bersimptom) daripada batang, tangkai dan daun. Keputusan menunjukkanbahawa strip ini dapat mengesan Rsc pada kesemua sampel simptomatik tangkai dan batang. Keputusan positif juga telah diperoleh daripada batang sampel pokok asimptomatik. Kajian ini menunjukkan kemampuan strip LFIA untuk mengesan Rsc bukan sahaja pada pokok simptomatik tetapi juga pada pokok asimptomatik, sebelum simptom visual kelihatan. Strip ini berpotensi untuk digunakan sebagai alat saringan pantas yang mesrapengguna untuk mengesan Rsc.

Teks penuh (549KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.