Potensi baja nano-emulsi sebagai agen penggalak pertumbuhan pada tanaman melon wangi

Category: Bil.32

Nadia Izati Fadzil, Noor Azlina Masdor, Mohd Nor Mohd Rosmi, Mohd Shafiq Karim, Nor Suzaida Mohamad Nor, Ahmad Syazwan Ismail, Siti Nadzirah Padrilah, Nur Balqis Zamri, dan Nur Sabrina Wahid

Ringkasan
Potensi baja nano-emulsi adalah tinggi dalam meningkatkan kecekapan nutrien, penggunaannya memainkan peranan yang sangat penting dalam pengeluaran hasil tanaman yang mampan. Oleh itu, kekerapan semburan foliar formulasi optimum baja nano pada kepekatan 0.5% yang digabungkan dengan penggunaan baja AB konvensional terhadap morfologi pertumbuhan pokok melon wangi telah dikaji. Pertumbuhan vegetatif, sifat kuantitatif dan kualitatif hasil buah melon wangi daripada rawatan berbeza telah direkodkan. Ketinggian tumbuhan, diameter batang, luas daun, biojisim, indeks fotosintesis dan sifat kualitatif buah melon meningkat dengan ketara (p ?0.05) dengan rawatan baja nano pada aplikasi empat kali semburan berbanding dengan kawalan. Kesimpulannya, rawatan baja nano secara foliar boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif yang berpotensi untuk mengurangkan penggunaan baja konvensional secara berlebihan.

Teks penuh (1.98MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.