Pengenalpastian varieti ubi keledek menggunakan kaedah molekular

Category: Bil.32

Hayati Ahmad, Nurul Afza Karim, Muhammad Hanif Azhari Noor, Siti Saidah Ibrahim dan Khairun Hisam Nasir

Ringkasan
Pengenalpastian varieti ubi keledek biasanya berasaskan kepada ciri-ciri morfologi dan agronomi. Ini termasuklah jenis dan warna pucuk, warna daun, bentuk daun, bentuk ubi, warna kulit ubi, warna isi ubi, saiz ubi serta nilai nutrisinya. Sementara data morfologi dan agronomi boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran, maklumat genomik atau molekular tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran berkenaan. Profil SSR bagi 32 aksesi ubi keledek dalam germplasma MARDI telah berjaya dibangunkan menggunakan 31 pasang pencetus SSR. Empat primer teras C43, J175, C8 dan C48 telah digunakan untuk membangunkan cap jari DNA yang unik bagi setiap aksesi ubi keledek dalam germplasma MARDI. Ini termasuklah varieti ubi keledek yang telah diisytiharkan oleh MARDI iaitu Anggun 1, Anggun 2, Anggun 3, VitAto dan Gendut. Kaedah molekular berguna untuk membangunkan pangkalan data SSR bagi ubi keledek yang boleh digunakan untuk perlindungan varieti, analisis kepelbagaian genetik koleksi baharu atau aplikasi pembaikbakaan molekular pada masa hadapan.

Teks penuh (1.04MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.