Teknologi penghasilan sel stem tumbuhan daripada temu hitam (Curcuma aeruginosa)
Alizah Zainal, Sanimah Simoh, Mohd Waznul Adly Mohd Zaidan, Shazwan Abd. Shukor Chandradevan Machap dan Nurulaishah Yahya
Ringkasan
Sel stem telah mula mendapat nama terutama dalam industri kosmetik dan nutrisi. Sel stem diketahui memiliki esen kehidupan yang mampu membantu melindungi serta memberikan keremajaan kepada sel-sel manusia. Ini kerana ia memiliki keupayaan untuk menstruktur serta merejuvenasi semula sel-sel. Sel stem tumbuhan hanya boleh didapati di kawasan meristem pada akar, pucuk dan kambium. Ia terlibat dalam proses pertumbuhan dan pembaikan sel serta penjanaan sel/tisu baharu. Sehingga kini masih tiada inovasi berhubung penghasilan sel stem tumbuhan di Malaysia yang dilaporkan. Teknologi ini merupakan teknologi pertama dilaporkan di Malaysia. Penggunaan Curcuma aeruginosa adalah bersesuaian kerana bukan sahaja mempunyai nilai perubatan, tetapi juga keupayaan tanaman tersebut untuk menjana semula. Kajian in vivo sel stem ke atas model tikus menunjukkan keupayaan sel-sel stem ini meregenerasi dan menyembuhkan semula sel-sel yang terluka. Keupayaan dan kebolehan yang dimiliki oleh sel stem ini menjadikan ia mendapat permintaan yang tinggi dalam industri penjagaan kulit, rambut serta rejuvenasi. Melalui inovasi ini, Malaysia bukan sahaja dapat memanfaatkan kekayaan biodiversiti, tetapi juga membantu dalam mengurangkan kos pengimportan bahan ini.