Kaedah pengeringan pam haba bagi pengekalan kualiti daun Backhousia citriodora (lemon myrtle)
Ainaa Abdul Kahar, Ong Sze Pheng, Nicholas J. Watson dan Law Chung Lim
Ringkasan
Lemon myrtle dikeringkan untuk memanjangkan jangka hayat dan seterusnya dapat mengekalkan fungsinya terutama semasa proses pengeksportan. Kaedah pengeringan pam haba menunjukkan prestasi yang baik dari segi pengekalan kualiti daun kering sebagai indikasi pengekalan maksimum kefungsian daun yang dinyahhidrat. Kaedah pengering pam haba juga adalah pengering alternatif terutama dalam mengekalkan warna kehijauan dan kandungan bioaktif, sitral dalam daun lemon myrtle kering. Potensi pengeringan ini diadaptasi dalam pemprosesan daun lemon myrtle adalah sangat tinggi dan kos efektif untuk jangka masa yang panjang. Dengan aplikasi pengering pam haba, hasil dan kebolehpasaran produk lemon myrtle dapat dipertingkatkan dan pasaran antarabangsa yang lebih meluas.