Penghasilan formulasi nano-emulsi menggunakan minyak pati sebagai agen fungisid
Siti Nadzirah Padrilah, Noor Azlina Masdor, Rashid Mat Rani, Muhammad Shafiq Abd Karim, Muhammad Zaidi Abu Bakar dan Ahmad Syazwan Ismail
Ringkasan
Aplikasi nano-fungisid sebagai agen antimikrob masih baharu dan memerlukan penerokaan serta inovasi lanjut. Bagi mengurangkan penggunaan sebatian sintetik dan kimia dalam produk pertanian, minyak pati dianggap sebagai alternatif kepada bahan tambahan antimikrob semula jadi. Walau bagaimanapun, minyak pati mempunyai kelarutan air yang rendah, bau yang kuat dan kadar kemeruapan yang rendah. Minyak pati juga merupakan produk cecair hidrofilik aromatik, oleh itu formulasi minyak dalam air nano-emulsi dan mikroemulsi dianggap sebagai sistem penghantaran yang cekap dalam pengaplikasian minyak pati. Justeru, nano-emulsi sangat sesuai untuk strategi ini dalam mengawal jangkitan kulat dengan menggunakan minyak pati kerana boleh digunakan untuk menyaluti, melindungi dan menjadi agen penghantar pelbagai bahan semula jadi.