Optimisasi proses pengekstrakan DNA daripada sampel semen lembu kacukan menggunakan kaedah fenol-kloroform

Category: Bil.32

Na’im Syahmi Noordin dan Mohd Azwan Jaafar

Ringkasan
Kajian ini memfokuskan kepada kaedah pengekstrakan DNA (deoxyribonucleic acid) daripada sampel semen lembu terpilih untuk digunakan dalam analisis penanda molekul. Salah satu kaedah pengekstrak DNA yang digunakan untuk mengekstrak DNA daripada semen lembu ini adalah kaedah fenolkloroform telah dipilih. Kaedah ini menjimatkan kos berbanding dengan kaedah ekstrak DNA yang lain di samping menghasilkan kualiti DNA yang agak baik dan sesuai untuk aplikasi dan analisis lanjutan. Keberkesanan kaedah pengekstrakan DNA daripada semen lembu ini telah diuji menggunakan semen lembu sado daripada baka Belgian Blue untuk tujuan analisis penanda molekul. Berasaskan kaedah ini, satu kaedah pengekstrakan DNA pantas dan berkesan telah dioptimasi dengan mempelbagaikan uji kaji semasa proses inkubasi lisis di mana proses inkubasi lisis sampel dijalankan dalam 10 tempoh masa yang berbeza iaitu selama 1 jam, 2 jam, 3 jam, 4 jam, 8 jam, 10 jam, 14 jam, 16 jam, 20 jam dan 24 jam. Mengikut prosedur asal, proses inkubasi dan lisis dijalankan semalaman iaitu dalam jangkamasa selama 12 – 16 jam bagi sampel semen. Seperti yang diketahui, proses pengenotipan penanda molekul adalah satu proses yang memakan masa, oleh itu dengan adanya alternatif lain untuk memendekkan masa ekstrak DNA, ia membolehkan para penyelidik mendapatkan keputusan analisis yang lebih pantas dan berkesan. Pada akhir eksperimen ini, kita dapat memperoleh DNA berkualiti yang diperlukan untuk analisis penanda molekul selepas memendekkan proses lisis pada masa yang dioptimumkan.

Teks penuh (1.24MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.