Pemilihan ligan peptida Eimeria spp. daripada perpustakaan pameran peptida rawak

Category: Bil.32

Adlin Azlina Abdul Kadir, Wan Kiew Lian dan Sheila Nathan

Ringkasan
Koksidiosis merupakan suatu penyakit parasit yang memberi kesan ekonomi yang besar terhadap industri ternakan di seluruh dunia. Daripada tujuh agen penyebab yang diketahui, Eimeria acervulina, E. maxima dan E. tenella adalah yang paling biasa ditemui di lapangan. Dalam kajian ini, teknologi pameran faj digunakan untuk memencilkan peptida terhadap ketiga-tiga spesies Eimeria ini. Tiga perpustakaan peptida rawak memaparkan 7-mer, 12-mer peptida linear dan peptida rawak terbatas 7-mer telah disaring secara individu terhadap oosista tersporulasi E. acervulina, E. maxima dan E. tenella. Lima klon peptida terpilih yang didapati spesifik dan menunjukkan afiniti yang tinggi terhadap Eimeria spp. telah berjaya diperoleh daripada perpustakaan peptida linear 12-mer. Hasil kajian menunjukkan keutamaan Eimeria untuk mengikat protein yang terlibat dalam perlekatan sel dan motiliti sel seperti vinculin, protein adapter dalam mengawal isyarat perlekatan sel. Protein lain seperti IL-2 dan IL-4 terlibat dalam tindak balas imun hos terhadap jangkitan Eimeria. Kespesifikan klon peptida terpilih dengan afiniti tinggi terhadap Eimeria spp. kemudian dinilai dengan menggunakan sampel tinja yang mengandungi patogen Salmonella typhimurium, S. typhi, Campylobacter jejuni dan Listeria monocytogenes. Kesemua klon peptida didapati tidak reaktif dengan patogen bakteria ini. Klon peptida terpilih juga didapati sangat sensitif kerana berupaya mengesan serendah 103 oosista Eimeria spp. dalam jangkitan tunggal dan jangkitan berganda. Berdasarkan hasil kajian ini, peptida ini boleh digunakan sebagai calon penanda biologi yang berpotensi untuk pembangunan diagnostik koksidiosis.

Teks penuh (628KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.