Pembangunan jalur asai aliran lateral untuk pengesanan Escherichia coli O157:H7

Category: Bil.32

Suria Mohd Saad, Mohd Afendy Abdul Talib, Noor Azlina Masdor dan Zamri Ishak

Ringkasan
Dalam kajian ini, penggunaan antibodi poliklonal (IgG) diaplikasikan untuk pengesanan bakteria pencemar melalui pembangunan jalur asai aliran lateral (LFA) menggunakan IgG khusus dalam kombinasi dengan koloid emas pada membran nitroselulosa. Konjugasi IgG anti-Escherichia coli (E. coli) O157:H7- nanopartikel emas berjaya dibangunkan untuk mengesan E. coli O157:H7 dalam makanan. Nanopartikel koloid emas berukuran 40 nm digunakan untuk konjugasi dengan IgG anti-E. coli O157:H7. Kepekatan optimum, 10.9 ?g/mL IgG anti-E. coli O157:H7 ditentukan oleh lekuk piawai yang dihasilkan dalam kaedah titrasi. Kultur E. coli O157:H7 yang dicairkan secara bersiri telah dapat dikesan dan dilihat dengan jelas pada jalur LFA serendah 1 × 106 CFU/mL. IgG yang dihasilkan dalam arnab telah menunjukkan kapasiti pengikatan khusus terhadap E. coli O157:H7. Tiada tindak balas terhadap bakteria lain, Salmonella typhimurium, Listeria monocytogenes dan Campylobacter jejuni yang bertindak balas terhadap IgG. Jalur LFA juga dapat mengesan E. coli O157:H7 dalam matriks sampel makanan yang berbeza setelah pengayaan sampel selama 18 jam.

Teks penuh (861KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.