Kawalan siput gondang dalam sistem integrasi padi itik
Badrulhadza Amzah, Norziana Zin Zawawi, Erwan Shah Shari dan Nur Liyana Iskandar
Ringkasan
Penggunaan itik ternakan sebagai agen kawalan biologi dalam amalan sistem integrasi penanaman padi dan itik (IRDF) merupakan alternatif yang lebih lestari dalam mengurangkan serangan siput gondang malah serangga perosak dan rumpai di sawah padi. Kajian oleh MARDI mendapati itik ternakan baka Khaki Campbell berupaya mengawal populasi siput gondang dengan memakan siput bersaiz kurang 2.5 cm pada kadar 40 ekor siput bagi seekor itik dalam tempoh 48 jam. Penggunaan 50 ekor itik untuk satu hektar didapati sudah mencukupi untuk kawalan yang berkesan ke atas siput gondang tanpa aplikasi racun siput. Pada umur tanaman padi 40 hari selepas tanam, 100% kawalan ke atas siput telah berjaya diperhatikan. Selain
itu, itik juga mampu untuk mengurangkan infestasi rumpai dan serangga perosak secara semula jadi. Penggunaan itik sebagai ejen kawalan biologi di sawah sangat berpotensi dan amalan ini boleh digabungkan dengan lainlain kaedah pengurusan perosak. Petani bukan sahaja dapat memperoleh manfaat dari aspek hasil tanaman, malah dapat mengurangkan kos input penggunaan racun kimia. Petani juga dapat menjana hasil sampingan daripada penjualan telur itik. Sistem IRDF ini dilihat sebagai satu alternatif yang berpotensi untuk diamalkan di Malaysia.