Kekerapan semburan biopestisid multi-virus dalam mengawal perosak Lepidoptera utama tanaman kubis

Category: Bil. 33

Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Razali Mirad, Norzainih Jasmin Jamin, Razean Haireen Mohd Razali, Nurin Izzati Mohd Zulkifli, Mohamad Shahidan Mohamed Shohaimi, Farah Huda Sjafni Suherman, Mohd Masri Saranum dan Umi Kalsum Bahari

Ringkasan
Teknologi biopestisid multi-virus didapati berkesan mengurangkan populasi serangga perosak Lepidoptera tanaman kubis antara 65 – 86% dengan dos sebanyak 10 g/10 L. Biopestisid multi-virus dilarutkan dalam air, boleh ditambah pelekat tumbuhan dan disembur menggunakan penyembur galas (knapsack sprayer). Biopestisid multi-virus didapati tidak memberi kesan negatif terhadap serangga bermanfaat. Kekerapan semburan pada sela 5 hari didapati memberi kesan terbaik dalam menurunkan populasi serangga perosak Lepidoptera berbanding dengan sela 7, 10 dan 14 hari. Walau bagaimanapun, semburan biopestisid multi-virus pada sela tujuh hari didapati berkesan menurunkan populasi serangga perosak Lepidoptera hampir setara dengan biopestisid Bacillus thuringiensis (BT).

Teks penuh (5.06MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.