Kajian awal keberkesanan Moringa oleifera sebagai biopestisid berasaskan ekstrak botani terhadap Hellula undalis

Category: Bil. 33

Nurin Izzati Mohd Zulkifli, Nur Diyana Alyas, Mohd Zulkhairi Azid, Che’ Ammar Abqari Che Omar, Ainnur Arina Roslan, Nurul Sofea Mohd Saharudin dan Nurain Hamdan

Ringkasan
Terdapat lebih kurang 67,000 serangga yang dikategorikan sebagai perosak terhadap tanaman pertanian di dunia. Bagi mengurangkan infestasi serangga di kawasan pertanian, penggunaan biopestisid berasaskan sumber botani kini semakin berkembang hasil daripada peningkatan kesedaran dan kebimbangan orang ramai kepada kesan sampingan racun sintetik terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Selain daripada kajian pokok semambu dan tembakau, Moringa oleifera juga menunjukkan potensi sebagai biopestisid berasaskan ekstrak botani bagi kawalan serangga perosak tanaman. Artikel ini menerangkan mengenai dapatan hasil kajian awal saringan ekstrak daun M. oleifera terhadap Helulla undalis dan potensinya dalam pengawalan perosak tanaman kubis.

Teks penuh (490KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.