Potensi ekstrak daun Psidium guajava dalam pengawalan siput gondang

Category: Bil. 33

Erwan Shah Shari

Ringkasan
Siput gondang (Pomacea maculata) merupakan makhluk perosak yang serius terhadap tanaman padi di Malaysia. Penggunaan molusisid secara tidak terkawal dan tidak berdaftar boleh merosakkan alam sekitar dan meningkatkan risiko kepada pengguna. Penggunaan ekstrak tumbuhan yang mempunyai bahan aktif saponin mampu untuk mengawal kerosakan yang dilakukan oleh siput gondang. Hasil kajian mendapati bahawa ekstrak daripada daun jambu batu (Psidium guajava) menggunakan pelarut metanol menghasilkan peratus ekstrak hasil tertinggi iaitu 22.45%. Kandungan saponin tertinggi diperoleh daripada ekstrak jambu batu iaitu 0.26 (g saponin setara 100 g-1 berat kering). Nilai LC50 yang menyebabkan kematian 50% siput gondang adalah pada hari kelima iaitu pada kadar 195 ppm.

Teks penuh (2.19MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.