Potensi Haedus vicarius (Drake) bagi kawalan rumpai Urena lobata L. secara biologi di Malaysia
Mohamad Shahidan Mohamed Shohaimi, Nurin Izzati Mohd Zulkifli, Norzainih Jasmin Jamin, Ainnur Arina Roslan, Farah Farhanah Haron, Michael Day dan Quentin Paynter
Ringkasan
Urena lobata L. yang juga dikenali sebagai pokok pepulut di Malaysia adalah spesies invasif yang agresif dan telah diklasifikasikan sebagai rumpai yang berbahaya di New Zealand, Amerika Syarikat, Fiji dan Cuba. Kehadirannya menyebabkan kerugian besar dalam pengeluaran hasil tanaman dan meningkatkan kos penyelenggaraan. Kaedah utama yang digunakan untuk mengawal rumpai ini adalah dengan penyemburan racun rumpai kimia. Oleh itu, satu kaedah yang lebih lestari seperti penggunaan agen kawalan biologi diperlukan bagi menangani masalah rumpai yang sekaligus memastikan kelestarian persekitaran dan kesihatan manusia. Artikel ini membincangkan penemuan Haedus vicarius di Malaysia yang dapat mengawal sebaran U. Lobata.