Kesan penggunaan kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) di Plot Kubis MARDI Cameron Highlands

Category: Bil. 33

Mohd Yusri Zainudin, Saiful Zaimi Jamil, Mohd Syauqi Nazmi dan Mohd Fuad Mohd Nor

Ringkasan
Plutella xylostella merupakan perosak utama tanaman krusifer yang banyak ditanam di Cameron Highlands. Serangan perosak ini menyebabkan kerugian sehingga 90% kepada petani. Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan petani menggunakan semburan racun kimia sintetik secara intensif dan melebihi dos yang ditetapkan. Keadaan ini menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar dan membahayakan kesihatan pengguna kerana kesan residu racun pada sayuran yang telah dituai. Selain itu, penggunaan racun secara berlebihan akan meningkatkan kekebalan serangga terhadap racun tersebut dan ini akan mengurangkan keberkesanan racun pada masa hadapan. Jika hal ini berlaku, petani akan menanggung kerugian kerana terpaksa menggunakan racun pada kadar yang lebih tinggi atau menggunakan racun yang jauh lebih mahal. Kajian ini menilai kesan penggunaan kaedah pengurusan perosak bersepadu (IPM) di ladang kubis MARDI Cameron Highlands dari segi taburan populasi serangga sama ada perosak atau musuh semula jadi dan hasil tuaian kubis bagi setiap musim. Hasil kajian menunjukkan penggunaan kaedah IPM di ladang kubis memberikan kesan yang positif terhadap interaksi antara populasi serangga perosak dan musuh semula jadi. Mutu hasil tuaian juga tidak menunjukkan perbezaan secara kualitatif dan kuantitatif berbanding dengan penanaman secara konvensional.

Teks penuh (1.31MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.