Penggunaan Streptomyces ambofaciens sebagai agen kawalan biologi bagi penyakit antraknos pada tanaman cili

Category: Bil. 33

Jeffrey Lim Seng Heng, Halizah Hamzah dan Norzaimawati Aman Nejis

Ringkasan
Kawalan biologi menggunakan mikroorganisma bukan sesuatu kaedah yang baharu. Walau bagaimanapun, penggunaan mikroorganisma tempatan sebagai kawalan biologi adalah satu kaedah kawalan yang baik kerana mikroorganisma tersebut tidak menyebabkan kemasukan mikroorganisma asing ke Malaysia. Dalam kajian ini, Streptomyces ambofaciens yang dipencilkan daripada sumber tanah tempatan telah digunakan untuk mengawal penyakit antraknos pada cili. Semburan cecair S. ambofaciens pada buah cili dalam kajian makmal mendapati bahawa, ia adalah berkesan untuk mengawal penyakit antraknos. Penggunaan kaedah kawalan biologi ini adalah tidak berbahaya kepada alam sekitar dan juga manusia kerana S. ambofaciens tidak menunjukkan potensi sebagai patogen kepada manusia.

Teks penuh (552KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.