Potensi Trichoderma asperellum sebagai agen kawalan biologi untuk penyakit tanaman cili

Category: Bil. 33

Nur Liyana Iskandar, Zurin Aida Jamilan dan Nurul Huda Badarunzaman

Ringkasan
Penyakit kulat adalah antara risiko yang dihadapi petani dalam pengeluaran cili. Penyakit tanaman kebiasaannya dikawal dengan penggunaan racun kulat sintetik. Spesies kulat Trichoderma dilaporkan mempunyai ciri antagonis yang didapati berpotensi mengawal serangan patogen tanaman cili seperti bintik berpusar antraknos, layu Fusarium, lecur anak benih Pythium, hawar dan bintik Alternaria serta Curvularia. Dalam kajian ini, ujian dwikultur dijalankan ke atas patogen penyakit cili secara in vitro bagi mendapatkan peratus perencatan oleh agen kawalan biologi yang berpotensi iaitu Trichoderma asperellum. Ujian dwikultur menunjukkan bahawa peratus perencatan pertumbuhan patogen cili iaitu Colletotrichum gloeosporioides, Fusarium oxysporum, Pythium aphanidermatum, Curvularia lunata dan Alternaria sp. oleh kulat antagonis Trichoderma asperellum adalah pada kadar 26.4 – 83.5%. Walaupun Trichoderma asperellum adalah spesies Trichoderma yang masih kurang diterokai, ia juga pernah dilaporkan sebagai agen kawalan biologi yang berpotensi mengawal beberapa jenis patogen tumbuhan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menilai kemampuan antagonis Trichoderma asperellum terhadap patogen cili secara in vitro. Keberkesanan sifat antagonis Trichoderma asperellum dalam mengawal patogen secara in vitro boleh dieksploitasi dalam pengurusan penyakit cili di lapangan.

Teks penuh (776KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.