Penilaian biofungisid komersial secara in vitro bagi kawalan penyakit hawar daun dan reput buah pada terung tradisional

Category: Bil. 33

Aminah Mahmud, Umikalsum Mohamed Bahari, Razean Haireen Mohd Razali, Nurul Ammar Illani Jaafar dan Nurul Farisa Reward

Ringkasan
Terung telunjuk dan terung rapuh semakin mendapat permintaan sebagai ulam-ulaman atau digunakan dalam masakan. Tanaman ini mampu berbuah dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Namun, terdapat infeksi penyakit hawar daun dan reput buah yang disebabkan oleh patogen Phomopsis vexans yang boleh mengurangkan hasil tuaian. Untuk mendapatkan hasil tanaman yang optimum dan mengurangkan impak racun kimia terhadap alam sekitar, potensi biofungisid yang berkesan mengawal penyakit lebih selamat dan mesra alam dikaji sebagai kaedah alternatif dalam pengurusan penyakit tanaman. Penggunaan bahan kimia sintetik bagi tempoh yang lama boleh mengakibatkan pengumpulan bahan kimia toksik yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Biofungisid komersial berasaskan kulat Trichoderma menunjukkan keberkesanan untuk mengawal penyakit hawar daun dan reput buah, diikuti oleh biofungisid berasaskan ekstrak minyak bawang putih dan produk daripada bakteria yang bermanfaat iaitu BacillusCare.

Teks penuh (850KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.