Formulasi CocoGuard: Pengurusan mesra alam ke arah penghasilan anak benih kelapa yang sihat dan berkualiti tinggi

Category: Bil. 33

Azlan Azizi Muhamad Nor, Zafrul Arif Radhi, Nur Sulastri Jaffar, Ahmad Arif Ismail, Nor Ahya Mahadi dan Sentoor Kumeran Govindasamy

Ringkasan
Produktiviti dan jangka hayat tanaman kelapa yang panjang serta keperluan modal yang besar untuk kos anak benih dan penanaman di ladang mendorong kepada keperluan bekalan anak benih yang bermutu tinggi dan rintang terhadap serangan perosak dan penyakit. Penyakit bintik kelabu merupakan salah satu penyakit daun kelapa utama di tapak semaian yang disebabkan oleh kulat Pestalotiopsis palmarum. Mikroorganisma tempatan bermanfaat daripada kumpulan Streptomyces spp. telah digunakan untuk kawalan penyakit ini. Satu formulasi dalam bentuk cecair yang dinamakan CocoGuard telah dihasilkan menggunakan agen kawalan biologi berpotensi (Streptomyces S12) telah diperkayakan dengan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan bagi penghasilan biopestisida yang mengandungi unsur nutrien yang lengkap. Formulasi yang dihasilkan ini bersifat dwifungsi iaitu mengawal serangan penyakit bintik kelabu daun kelapa dan membekal nutrien yang diperlukan oleh pokok kelapa. Formulasi CocoGuard ini juga merupakan pendekatan baharu yang mesra alam, menjimatkan masa serta memudahkan pengurusan tanaman di lapangan.

Teks penuh (414KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.