Kawalan biologi oleh Trichoderma spp.: Kaedah penghasilan mudah untuk industri kecil dan persendirian
Tosiah Sadi dan Jeffrey Lim Seng Heng
Ringkasan
Walaupun racun kimia menjadi pilihan para petani untuk mengawal
penyakit dan perosak kerana keberkesanannya di lapangan, namun
terdapat segelintir masyarakat yang telah mula mempertikaikan tentang
kesan penggunaan racun kimia terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.
Perkembangan ini telah membawa kepada eksplorasi pelbagai alternatif
yang dianggap lebih selamat untuk digunakan sebagai agen kawalan
penyakit tanaman. Trichorderma adalah mikroorganisma yang turut dikaji
dengan meluas sebagai agen kawalan biologi. Contoh Trichoderma yang
digunakan dalam produk kawalan biologi ialah T. harzianum, T. asperellum,
T. viride, T. konigii dan T. ghanense. Artikel ini menerangkan beberapa ciri
Trichoderma yang berbeza, kebolehannya sebagai agen kawalan biologi,
faktor yang mempengaruhi pertumbuhannya dan penghasilan pukal
Trichoderma menggunakan pelbagai jenis substrat bagi penghasilan secara
kecil-kecilan.