Penghasilan anak benih kerintangan sistemik teraruh yang rintang terhadap penyakit mati rosot betik

Category: Bil. 33

Ganisan Krishnen

Ringkasan
Serangan penyakit mati rosot pada tanaman betik telah mengakibatkan
industri betik negara terjejas dengan teruk. Semua varieti betik tempatan
komersial adalah rentan terhadap penyakit mati rosot ini. Para petani
kurang berminat untuk menanam betik kerana bimbang terhadap jangkitan
penyakit mati rosot dan ketiadaan varieti yang rintang terhadap penyakit
ini. Artikel ini memperincikan bagaimana anak benih betik yang teraruh
kerintangan terhadap penyakit mati rosot dihasilkan daripada varieti yang
rentan. Pengaruhan kerintangan ini dikenali sebagai kerintangan sistemik
teraruh (ISR) yang boleh dihasilkan dengan inokulasi bakteria bermanfaat
iaitu Dieback Buster. Pengaruhan dimulakan dengan rendaman biji benih
betik (direndam semalaman) ke dalam ampaian bakteria Dieback Buster dan
disemai di dalam dulang percambahan yang diisi dengan peat moss. Anak
benih betik dipindahkan ke polibeg yang mengandungi medium tanaman
(tanah campuran dengan nisbah 2:1:1 yang terdiri daripada top soil, pasir
sungai dan bahan organik) selepas dua minggu dari tempoh percambahan
benih dan diselenggara selama dua bulan. Aplikasi inokulan Dieback Buster
tambahan (booster) diaplikasikan pada minggu keempat dan keenam selepas
anak benih betik dipindahkan ke tanah campuran di dalam polibeg. Anak
benih ISR yang rintang terhadap penyakti mati rosot terhasil selepas tempoh
dua bulan di dalam polibeg dan boleh dipindahkan ke ladang.

Teks penuh (1.77MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.