Saringan aktiviti antikulat Bacillus spp. secara in vitro terhadap Colletotrichum gloeosporioides, agen penyebab penyakit antraknos

Category: Bil. 33

Farah Farhanah Haron, Nurul Farisa Reward, Norzaimawati Aman Nejis dan Halizah Zainal

Ringkasan
Antraknos adalah salah satu penyakit utama yang disebabkan oleh patogen kulat Colletotrichum gloeosporioides (Penz.) Penz. & Sacc. yang sering menjadi punca kehilangan hasil dalam penanaman buah-buahan dan sayuran seperti betik dan cili. Rizobakteria telah lama diakui berpotensi sebagai agen kawalan biologi dan mempunyai sifat antimikrob yang boleh dijadikan sebagai alternatif yang lebih selamat dan mesra alam dalam pengurusan penyakit tumbuhan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan racun kimia. Dalam kajian ini, aktiviti antikulat Bacillus spp. terhadap C. gloeosporioides telah disaring secara in vitro melalui ujian dwikultur. Aktiviti antikulat Bacillus subtilis, B. velezensis, B. licheniformis, B. cereus dan B. megaterium ditentukan dengan mengukur peratus perencatan pertumbuhan jejari kulat. Hasil kajian mencadangkan bahawa kesemua spesies Bacillus yang diuji menunjukkan aktiviti antikulat terhadap C. gloeosporioides yang mampu mengawal penyakit antraknos pada pelbagai tanaman.

Teks penuh (332KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.