Potensi baja diperkaya dengan bakteriofaj sebagai kawalan terhadap penyakit layu bakteria pada tomato

Category: Bil. 33

Mohd Zafrul Arif Radhi, Mohd Bakri Adam, Halimi Mohd Saud, Mohd Norowi Hamid, Tony Peng Shih Hao dan Tan Geok Hun

Ringkasan
Tumbuhan tomato yang terdedah kepada layu bakteria boleh menyebabkan kehilangan pengeluaran hasil berbeza antara 10 – 100%. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 35 keluarga tumbuhan yang terjejas disebabkan oleh penyakit ini di mana perumah utamanya ialah kentang, tomato, terung, cili, halia dan kacang tanah. Walaupun tiada data yang diterbitkan mengenai kerugian sebenar hasil tomato di Malaysia yang disebabkan oleh Ralstonia solanacearum, namun penyakit ini menyebabkan kehilangan hasil tomato sehingga 70% daripada pendapatan petani. Teknologi yang ditampilkan ialah baja bakteriofaj untuk mengawal dan/atau mencegah penyakit layu bakteria pada pokok tomato. Bagi tempoh empat minggu pertama selepas penanaman tomato, tumbuhan tidak menunjukkan sebarang gejala layu. Rawatan bakteriofaj menunjukkan insiden penyakit layu bakteria pada tomato yang paling rendah kerana kehadiran faj tertentu yang berkemungkinan mampu mengawal populasi R. solanacearum dalam tanah dan menghalangnya daripada layu. Kehadiran faj dalam kuantiti kerja yang mencukupi (melebihi 106 pfu/g tanah) akan menyerang R. solanacearum sebagai perumahnya dan membiak di dalamnya. Sifat lisis faj ini menyebabkan kematian secara banyak bagi R. solanacearum sehingga mengurangkan bilangannya dengan ketara. Kesimpulannya, penggunaan baja bakteriofaj boleh dianggap sebagai alternatif untuk kawalan layu bakteria dalam tomato.

Teks penuh (754KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.