Kaedah pembelaan secara massa ulat ratus 'fall armyworm' (FAW) (Spodoptera frugiperda)

Category: Bil. 33

Saiful Zaimi Jamil, Muhammad Ariff Mohd Rasul, Mohd Fuad Mohd Nor dan Mohd Masri Saranum

Ringkasan
Ulat ratus 'fall armyworm' atau nama saintifiknya Spodoptera frugiperda, merupakan spesies asing invasif baharu yang menyerang tanaman jagung, Zea mays di Malaysia. Perosak ini telah menyebabkan kerosakan dan kerugian yang besar kepada petani jagung tempatan. Bagi menjalankan kajian kawalan biologi serta ekologi yang berkesan terhadap ulat ratus FAW ini, pembangunan koloni ulat ratus FAW di dalam makmal adalah sangat kritikal. Kaedah pembelaan secara massa ulat ratus FAW ini merupakan satu kaedah yang murah, mudah, selamat serta praktikal bagi tujuan penyelidikan ulat ratus FAW pada suhu dan iklim tempatan.

Teks penuh (1.53MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.