Penilaian sumber makanan Heterotrigona itama di Malaysia
Fahimee Jaapar, Aqilah Sakinah Badrulisham, Zulidzham Mohd Sani, Nurul Farisa Reward, Muzammil Nizar, Badrul Munir Md Zain dan Salmah Yaakop
Ringkasan
Heterotrigona itama adalah spesies lebah kelulut yang paling banyak dijumpai dalam ekosistem dan dijinakkan untuk industri meliponikultur. Dalam penyelidikan ini, kualiti madu adalah kriteria utama yang akan dinilai dan dihubungkan dengan spesies tumbuhan yang dimakan oleh lebah kelulut sebagai makanan utama mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji diet H. itama dari 12 tempat di Malaysia (Borneo dan Semenanjung Malaysia). Hasilnya, lima filum tumbuhan dan 70 famili tumbuhan dengan 260 spesies diperoleh, di mana empat spesies adalah spesies yang banyak dimakan oleh H. itama. Penemuan ini sangat berguna untuk pengurusan H. itama dalam meliponikultur dan proses domestikasi dalam sistem penanaman mono dan
dalam sistem struktur berjaring.