Penilaian ekonomi pengenalan agen kawalan biologi terhadap serangan rama-rama Diamondback Moth (DBM) ke atas tanaman kubis bulat di Cameron Highlands

Category: Bil. 33

Mohd Syauqi Nazmi, Mohd Yusri Zainudin, Saiful Zaimi Jamil, Mohd Masri Saranum dan Hasnul Hadi Ibrahim

Ringkasan
Industri kubis bulat tanah tinggi di Malaysia didominasi oleh negeri Pahang dengan kawasan pengeluaran utama adalah di Cemeron Highlands dengan keluasan 2,770 hektar dan diikuti oleh Kundasang, Sabah. Kadar Sara Diri (%) sayuran ialah 54% pada tahun 2021. Tahap penggunaan racun serangga kimia adalah tinggi dalam kalangan petani kubis bulat. Aktiviti pertanian
yang menggunakan racun serangga kimia harus diuruskan dengan berhatihati dan efisien bagi memastikan aktiviti pelancongan yang merupakan penyumbang ekonomi utama di Cameron Highlands tidak terjejas. Ulat ratus Diamondback Moth(DBM) merupakan perosak utama tanaman krusifer terutama kubis bulat. Melalui kajian yang dijalankan oleh MARDI, dua parasitoid yang berfungsi sebagai agen kawalan biologi bagi tanaman kubis bulat di Cameron Highlands ialah Diadegma semiclausum dan Cortesia vestalis yang telah terbukti berkesan dalam mengawal serangan perosak utama tanaman krusifer terutamanya kubis bulat. Melalui kajian teknikal, penggunaan dua serangga ini didapati berupaya mengurangkan lebih 50% dalam aktiviti semburan racun serangga kimia. Dapatan kajian menunjukkan kajian penanaman kubis bulat dengan sokongan agen kawalan biologi yang dijalankan oleh MARDI menunjukkan terdapat elemen tambahan kepada pendapatan iaitu pengeluaran produk baby kailan. Jumlah kos adalah sebanyak RM50,191/ha manakala untung bersih adalah sebanyak RM32,989/ha. Nilai Benefit Cost Ratio (BCR) ialah RM1.57 manakala pengeluaran kubis bulat komersial (konvensional) adalah sebanyak 37.8 tan setahun dengan pulangan tunai melalui jualan yang diterima ialah RM94,500. Manakala, jumlah kos adalah sebanyak RM53,603/ha setahun manakala untung bersih adalah sebanyak RM40,897/ha setahun. Nilai Benefit Cost Ratio (BCR) ialah RM1.76. Dapatan ini jelas menunjukkan penggunaan racun serangga secara optimum mampu mengawal dan membasmi serangan DBM. Namun, untuk tempoh jangka masa panjang, serangga DBM akan perlahan-lahan rintang terhadap racun serangga dan pada waktu itu, petani perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk membasmi serangan DBM.

Teks penuh (694KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.