Pengurusan burung perosak di sawah padi

Category: Bil. 34

Badrulhadza Amzah, Ku Muhammad Hasifi Ku Yahaya dan Razali Baki

Ringkasan
Burung merupakan komponen penting dalam sesebuah agroekosistem. Secara umumnya, kawasan pertanian menyediakan sumber makanan berpusat dan mudah dikesan oleh burung perosak. Sumber makanan ini umumnya terdiri daripada tiga kategori: (i) bijirin, bijian dan buah, (ii) vegetasi hijau tanaman dan rumput, dan (iii) serangga, ikan, rodensia dan lain-lain yang ditemui di tanah, air, tanaman dan tumbuhan lain. Dalam ekosistem sawah padi di Malaysia, beberapa spesies burung merupakan perosak yang signifikan. Burung boleh mendatangkan kerosakan yang serius pada tanaman dan serangan burung boleh menyebabkan kerugian besar kepada pesawah padi di Malaysia. Antara kaedah kawalan dan pengurusan yang disyorkan adalah perlindungan secara langsung menerusi kaedah mekanikal atau fizikal. Ini termasuklah penggunaan perangkap dan alat rangsangan visual dan bunyi. Di samping itu, racun kimia dan repelen juga boleh digunakan mengikut kesesuaian. Amalan kultur juga merupakan kaedah tidak langsung yang boleh digunakan untuk mencegah burung perosak daripada menyebabkan kerosakan yang serius. Pemantauan ke atas aktiviti dan bilangan burung secara berterusan merupakan salah satu elemen penting dalam pengurusan perosak yang berkesan.

Teks penuh (6.24MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.