Pembangunan teknik krioawetan keladi menggunakan kaedah vitrifikasi titisan PVS3
Noor Camellia Noor Alam, Abdul Muhaimin Abdul Kadir dan Umikalsum Mohamed Bahari
Ringkasan
Kajian ini dijalankan untuk meneroka kebolehlaksanaan teknik krioawetan menggunakan vitrifikasi titisan dan menyediakan asas untuk mewujudkan protokol krioawetan untuk aplikasi rutin dalam pemuliharaan gemplasma keladi Malaysia. Meristem apeks varieti keladi putih bersaiz 0.6 – 0.8 mm daripada eksplan kultur in vitro berumur tiga bulan dalam medium Murashige dan Skoog (MS) digunakan. Eksplan diprakultur pada medium MS dengan penambahan 0.3 M sukrosa disimpan selama 16 jam
dalam keadaan gelap. Eksplan didedahkan kepada larutan pemuatan, larutan penghidratan PVS3, dimasukkan ke dalam nitrogen cecair dan dipulihkan dalam larutan pemunggahan dan dikultur ke atas medium pedapan dan pemulihan untuk mendapatkan semula regenerasi eksplan. Peratus kemandirian meristem apeks keladi yang diperoleh adalah sebanyak 78%. Penggunaan kombinasi tiga langkah kritikal yang tepat dalam proses krioawetan (pemuatan, penghidratan dan pemunggahan) dapat meningkatkan kadar kemandirian meristem apeks. Krioawetan menggunakan prosedur vitrifikasi titisan terbukti dapat digunakan untuk penyimpanan keladi dalam jangkamasa panjang.