WRFree©: SOP pengurusan padi angin pada tanaman padi tabur terus basah

Category: Bil. 34

Dilipkumar Masilamany, Noorhayati Mohamed Darus, Mohd Shahril Shah Mohamad Ghazali, Mohd Khusairy Khadzir dan Badrulhadza Amzah

Ringkasan
Padi angin mempamerkan persamaan morfologi dan fisiologi yang hampir serupa dengan padi kultivar dan perkara ini telah mendatangkan kerumitan untuk mengawal serta mengurusnya. Tambahan lagi, kemunculan padi angin rintang racun imidazolinone menambahkan lagi beban petani untuk mengawal padi angin. Satu kaedah kawalan baharu telah dibangunkan untuk mengawal bank biji benih padi angin dalam tanah. Kaedah baharu ini dinamakan sebagai WRFree© yang merupakan satu prosedur operasi piawai (SOP) yang tertumpu kepada aktiviti penyediaan tanah pada tanaman padi tabur terus basah. Racun rumpai pracambah iaitu pretilachlor atau oxadiazon disembur ke atas air bertakung sejurus selepas putaran tanah kedua. Sawah yang telah dirawat dengan racun ditakung air selama tujuh hari untuk merencat percambahan biji benih padi angin dalam tanah. Kaedah ini terbukti mengurangkan populasi padi angin 30 – 45% pada musim pertama dan amalan SOP ini pada musim kedua mengurangkan populasi padi angin sebanyak 70 – 85%.

Teks penuh (1.75MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.