Penanaman padi pulut hitam (PH 9) di Skuduk- Chupak, Sarawak

Category: Bil. 34

Ernie Suryati Mohamad Zain, Zaki Musa, Siti Khatijah Jalal, Azrul Syahriman Haironi, Sahari Taha dan Abdul Taib Lugom

Ringkasan
Malaysia mengimport sekitar 30,000 tan metrik padi pulut bagi memenuhi keperluan setiap tahun. Ini kerana, tumpuan hanya diberikan terhadap penghasilan padi biasa selain daripada tiada peruntukan subsidi khas oleh kerajaan untuk padi pulut. Justeru, penanaman padi pulut tidak dijalankan secara meluas di Malaysia dan hanya dijalankan secara sampingan untuk kegunaan sendiri. Kebanyakan petani di Sabah dan Sarawak menanam padi pulut tradisional yang mempunyai tempoh matang lebih lama, sama ada di sawah mahupun di lereng-lereng bukit. Bagi memberi kepelbagaian dan pilihan kepada petani tempatan, penilaian penanaman padi pulut hitam (PH 9) telah dijalankan di kawasan Skuduk-Chupak yang mempunyai keluasan sekitar 200 hektar. Daripada penilaian tersebut, melalui amalan penanaman yang cekap dan kawalan penyakit dan rumpai yang berkesan, padi pulut PH 9 didapati berpotensi untuk dijadikan sebagai tanaman padi utama yang kekal seperti padi sawah yang lain.

Teks penuh (1.04MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.