Serbuk cendawan tiram kelabu: Kandungan nutrien makro dan mikro serta aplikasi dalam produk makanan

Category: Bil. 34

Noor Fadzlina Inche Zainal Abidin, Aida Hamimi Ibrahim, Nur Intan Farina Sawal, Mohd Irwani Hafiz Sahid dan Khairul Asfamawi Khulidin

Ringkasan
Cendawan tiram kelabu diketahui mempunyai nutrien yang baik untuk kesihatan manusia. Antaranya, cendawan kaya dengan serat diet dan juga beta-glukan, komponen yang dapat membantu dalam mengawal aras kolesterol dalam darah. Cendawan ditanam secara komersial menggunakan habuk kayu sebagai substrat utama. Secara umumnya, kesemua cendawan kaya dengan nutrien makro dan mikro yang diperlukan oleh tubuh. Serbuk cendawan tiram kelabu mengandungi jumlah karbohidrat, protein, serat makanan dan abu yang tinggi, tetapi rendah kandungan garam. Kesimpulannya, serbuk cendawan tiram kelabu amat sesuai digunakan sebagai alternatif ramuan tinggi serat diet dan tinggi protein dalam industri makanan. Maklumat yang diperoleh ini secara langsung dapat dimanfaatkan oleh petani dan usahawan yang terlibat dengan penanaman cendawan dan usahawan industri makanan kesihatan.

Teks penuh(1.62MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.