Pakej teknik dan penyelenggaraan cantuman dewasa mangga Harumanis untuk pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti

Category: Bil. 34

Muhamad Hafiz Muhamad Hassan, Zul Helmey Mohamad Sabdin, Nor Dalila Nor Danial, Wan Mahfuzah Wan Ibrahim dan Ahmad Mahdzir Ahmad

Ringkasan
Cantuman dewasa merupakan salah satu proses rejuvenasi atau pemulihan yang dapat dilakukan ke atas pokok mangga. Kaedah ini telah terbukti berkesan, berhasil dan memberi impak positif kepada industri mangga Harumanis melibatkan peningkatan kadar pengeluaran hasil dan kualiti yang lebih baik dan optimum. Teknik cantuman dewasa juga adalah mudah untuk dipraktikkan dengan aplikasi cantuman baji sisi yang berpotensi memberikan peratus kejayaan yang tinggi iaitu sehingga 80%. Cantuman dewasa mangga Harumanis dapat mempercepatkan pengeluaran hasil dengan kualiti buah yang optimum dan tulen seperti pokok cantuman biasa yang ditanam di atas tanah. Selain itu, teknik ini juga sesuai dipraktikkan kepada semua klon mangga yang diingini dan mereka dapat menukar klon mangga mereka mengikut kehendak pasaran dengan keutamaan diberikan kepada klon yang lebih menguntungkan seperti klon mangga Harumanis. Di samping itu, kaedah ini secara terus dapat menjimatkan kos seperti kos bahan input dan kos pembukaan kawasan tanah yang baharu. Kadar pertumbuhan vegetatif dan reproduktif serta keupayaannya mengeluarkan hasil adalah lebih cepat berbanding dengan pokok mangga cantuman biasa. Menerusi tatacara penyelenggaraan amalan kultur yang dinyatakan di dalam artikel ini, pengoptimuman pengeluaran hasil dan kualiti pada tanaman mangga Harumanis dapat dicapai dengan jayanya.

Teks penuh (1.93MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.