Kaedah pengesanan dan pemisahan stereoisomer sebatian pestisid bagi asefat dan metamidofos menggunakan kromatografi gas

Category: Bil. 34

Jamaliah Jaafar dan Baharuddin Saad

Ringkasan
Analisis pemisahan stereoisomer bagi pestisid organofosforus asefat dan metamidofos dikaji. Pemisahan dijalankan menggunakan kromatografi gas dengan pengesan fotometrik nyalaan (GC-FPD) yang dipasangkan dengan turus kiral Cyclosil-?. Pemisahan garis dasar yang baik bagi enantiomer asefat dan metamidofos adalah dilihat, disokong dengan nilai faktor pemisahan (Rs) 3.11 dan 3.37 setiap satunya. Analisis ke atas formulasi komersial pestisid mengesahkan kewujudan enantiomer bagi metamidofos. Kajian sisa pestisid menggunakan kaedah QuEChERS dijalankan ke atas matriks kajian iaitu daun dan buah kelapa sawit. Verifikasi kaedah menunjukkan nilai perolehan semula setiap enantiomer adalah dalam julat yang diterima (70 – 120%). Kajian lanjut ke atas pokok kelapa sawit yang telah dirawat menunjukkan tiada sisa enantiomer racun metamidofos dikesan selepas tempoh prapenuaian seperti dicadangkan.

Teks penuh (287KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.