Kaedah pemampatan tanah gambut dalam kawalan perlepasan gas karbon

Category: Bil. 34

Marshall Kana Samuel

Ringkasan
Usaha menangani masalah perlepasan gas karbon ladang kelapa sawit masih menjadi topik perbincangan yang utama. Justeru, aplikasi pemampatan tiruan pada gambut dengan tujuan menurunkan gas CO2 melalui peningkatan kadar kelembapan dan pengurangan pengudaraan tanah telah diperkenalkan di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan pemampatan tiruan terhadap perlepasan gas karbon di dua ekosistem iaitu hutan paya gambut sekunder (SF) dan ladang kelapa sawit (OP). Kesan pemampatan ini adalah berdasarkan kedalaman gambut tertentu serta dibahagikan kepada empat magnitud yang berbeza (0, 10, 20 dan 30 cm) menggunakan alat pemampat hibrid yang juga berfungsi sebagai kebuk statik tertutup untuk pensampelan gas. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara SF dan OP dari segi sifat fizikalkimia, tetapi tidak menunjukkan perubahan yang signifikan antara kesan pemampatan. Menariknya terdapat perubahan perlepasan gas CO2 dan CH4 diperhatikan, tetapi hanya di SF yang menunjukkan corak songsang dengan nisbah 1:3 (penurunan:peningkatan) berdasarkan pemampatan tanah. Ini menjelaskan bahawa kedalaman gambut berkurangan akibat mampatan seterusnya lebih dekat dengan aras permukaan air semasa.Justeru, pertimbangan faktor pertindihan iaitu tahap penguraian dan aras air adalah penting untuk lebih memahami kesan pemadatan tiruan di tanah gambut tropika.

Teks penuh (1.23MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.