Pakej pembajaan baharu varieti padi Pulut Siding (MR 47)
Muhammad Naim Fadzli Abd Rani, Shahida Hashim, Asfaliza Ramli, Elixon Sunian @ Elixson Sulaiman, Ahmad Arif Ismail, Syahrin Suhaimee dan Mohamad Najib Mohd Yusof
Ringkasan
Sehingga kini, tiada penambahbaikan pakej pembajaan dibangunkan khusus kepada varieti padi pulut termasuklah Pulut Siding (MR 47) yang telah diisytihar pada tahun 1981. Melalui Projek Rintis Penanaman Padi Pulut di Pulau Langkawi, padi Pulut Siding ditanam dengan menggunakan pakej pembajaan subsidi semasa. Justeru, kajian keperluan pembajaan sesuatu varieti amat penting bagi memastikan tahap penggunaan baja yang diperlukan oleh pokok padi bagi mendapatkan hasil yang optimum. Kajian ini berpotensi untuk memberi peningkatan pendapatan dan penjimatan dari segi kos input yang memberi pengurangan kadar NPK masing- masing sebanyak 39.4% kg N/ha, 19.0% kg P2O5/ha dan 19.4% kg K2O/ha berbanding dengan pakej subsidi semasa. Artikel ini merupakan dapatan teknologi Pakej Pembajaan Baharu Varieti Padi Pulut Siding (MR 47) yang dijana dan boleh diguna pakai sebagai panduan kepada petani yang ingin menanam varieti padi Pulut Siding di negara ini.