Pakej teknologi mekanisasi nanas di tanah gambut

Category: Bil. 34

Rohazrin Abdul Rani, Adli Fikri Ahmad Sayuti, Mohd Taufik Ahmad dan Sarif Hashim Sarif Hassan

Ringkasan
Pakej teknologi mekanisasi nanas di tanah gambut terdiri daripada penggerak utama, mekanisasi bagi penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, penuaian dan pengurusan sisa selepas penuaian. Penggerak utama mekanisasi di tanah gambut ialah traktor yang telah diubah suai rodanya kepada trek getah untuk mengurangkan tekanan permukaan di tanah gambut. Selain itu, ketinggian gandarnya juga ditambah daripada 340 mm kepada 800 mm yang membolehkannya beroperasi di kawasan tanaman. Mekanisasi penyediaan tanah terdiri daripada implemen untuk membersihkan kawasan daripada pokok-pokok nanas lama manakala mekanisasi penanaman berbentuk treler gantung untuk bantuan pengangkutan sulur semasa aktiviti penanaman. Mekanisasi penjagaan tanaman pula terdiri daripada implemen penyemburan dan implemen penabur baja. Treler gantung atau pengangkut penjalan kaki bertrek juga digunakan untuk aktiviti penuaian. Pokok nanas yang telah dituai dipotong pendek dengan menggunakan implemen pencantas untuk menggalakkan pertumbuhan sulur. Penuaian sulur dilaksanakan menggunakan treler gantung atau pengangkut penjalan kaki. Kos keseluruhan teknologi dianggarkan sebanyak RM406,000. Pakej teknologi mekanisasi pengeluaran nanas di tanah gambut membantu meringankan beban petani dan seterusnya meningkatkan produktiviti pengeluaran.

Teks penuh (1.47MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.